Showing posts with label Kuasa Allah. Show all posts
Showing posts with label Kuasa Allah. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010







Regards,

Da Lama Tak Menulis..

Assalamualaikum ;)

Came across a blog, by a blogger yang bertapis ketika bercakap.. Kagum saya dengan tulisannya.. And I came across this, "Orang yang suka bersangka baik dengan orang lain dicintai Allah."

- Doakanlah yang baik-baik sesama saudara kita, insya Allah, malaikat di langit mendoakan kebaikan kepada kita sebagaimana doa yang baik kita pohonkan untuk saudara kita. Ummu Abbas. -

Jika senang, do visit blognya di: http://keranacinta.wordpress.com

Ikhlas,

Sunday, November 07, 2010

Pray





(Courtesy of Fatma Muslima & not forgetting, Alhabib, from which I found this poem :) Syukran Jasil).

I knelt to pray but not for long,
I had too much to do.
I had to hurry and get to work
For bills would soon be due.
So I knelt and said a hurried prayer,
And jumped up off my knees.
My Muslim duty was now done
My soul could rest at ease.
All day long I had no time
To spread a word of cheer.
No time to speak of Allah to friends,
They’d laugh at me I’d fear.
No time, no time, too much to do,
That was my constant cry,
No time to give to souls in need
But at last the time, the time to die.
I went before the Lord,
I came, I stood with downcast eyes.
For in his hands God held a book;
It was the book of life.
God looked into his book and said
Your name I cannot find.
I once was going to write it down…
But never found the time.


Love,

Friday, August 13, 2010

The Hospital



It's been a week since I stepped in to work.. Some may question my absence. But to me, my granny's condition is far more important than my work. "Kerja boleh dicari, but my nenek, she's the one and only..tiada peganti."

Whilst in hospital, macam2 pengalaman dapat saya raih. Suatu pengalaman luar biasa. Nak kata family gathering pun ada..I get to see my aunt and uncle almost everyday as we take turn macam shift gitu to tend to my granny's needs.

I get to see new patients coming in as the recovered ones make their way home when they are discharged. Boleh dikatakan semua ahli keluarga pesakit is so darn friendly, macam kita semua dah kenal lama. Especially the daughter of the lady in bed 7. I suka tengok everytime the Philippino caretaker comes to take over a family member of the patient in bed 7. Dia punya kasih sayang terhadap madame dia tu ya ampun, sungguh mencuit hati. In fact I rasa semua ahli keluarga nenek di bed 7 tu begitu menyayangi nenek tu. Can still remember the words " Nayang! Apa kabar nenek hari ini"! playing in my ears.. Hahaha! I think the nenek is about 90+ years old. Start dari this experience, I asyik usik my nenek with the same layanan that the family potrayed while we were at the ward. Senyuman yang ku nanti nantikan dari my nenek terukir jua.. Happy rasa hati kecilku ini.. Apa kan tidak, the last few days have been an emotional ride for me, seeing the condition that my nenek was in. And yes, the Philippino caretaker can speak Malay so fluently that we almost thought she was a Malay or at least, an Indonesian.

I'm glad my family members semua united gitu jaga nenek semasa nenek sakit. Semua turun gelenggang.



Cuma satu kesedihan yang masih terselit di hati ini. There's this patient next to my nenek's bed. Whilst I was there for almost throughout the day, no one came to visit her. Once a lady came on National day and that was it. This nenek pun dalam linkungan 90 lebih. She would be lying down dalam separuh duduk and termenung. Termenung looking towards bed 7. I feel like I can understand what she is feeling. A sense of loneliness. My nenek's bed is always surrounded by us. Where else hers, it's either the nurse or the maid next to her bed who is caring for her madame. This maid is also a nice lady. She is always assisting this nenek every now and then.

Dimana ahli keluarganya? Anak anaknya?

Sekali nenek ni asked me whilst I was making small talks with her "Bila nak habis ni?". I speechless sekejap. She was referring to when she will be discharged. Not even once did I dare to ask her how many children she had or where they are. Seems like a sensitive question especially in this kind of circumstances. Up till now, terbayang2 raut wajah nenek yang cute ni. Still rememembered when the nurse kept on feeding her though she already made it clear she was full already. At last she screamed "Ahhhh!" baru the nurse stop. And we all terkekek2 ketawa. I can say telatah nenek ni somehow accompanied my nenek when we left for the day.

And bila kita nak balik, she ask "Bila jumpa lagi?

Haiz.. kesian nenek ni.. :..(

P.s: Kepada anak2 sekalian, tolonglah, walau jahat baik mana pun ibu bapa kita, biar sahaja Allah Taala yang membalasnya. Tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ni. Jagalah orang tua kita bagai menatang minyak yang penuh, seperti mana susahnya mereka membesarkan kita sewaktu kita kecil hingga lah dewasa.

Ikhlas dari sanubari ini,

Friday, July 30, 2010

Bertuahnya Aku dilahirkan seorang Wanita!

Assalamualaikum..
The above caption may sound funny to some of you..

Entah tiba-tiba datang ilham nak menulis mengenai peranan dan ganjaran menjadi seorang wanita.. Yang saya maksudkan bukanlah mengenai wanita "common" tetapi seorang wanita yang bergelar "muslimah".

Once, I complained about the injustice of being a girl; we have to go through the monthly cycle whereby our body at times react in a weird manner. Bukit bukau di muka sana sini, mood yang asyik nak marah tak tentu pasal, dan yang sewaktu dengannya. Hanya seorang wanita balil sahaja yang akan mengerti bagaimana perasaan dan keadaan ketika sedang mengalami "nya". R-I-M-A-S!

To think about giving birth.. Masya Allah! Sungguh mengerikan!

Ada pulak spekulasi orang-orang kafir ni yang sibuk mengutuk Islam sebagai agama yang tidak memberi hak kepada kaum wanitanya. Macam saya nak kata dengan mereka-mereka ni: "Korang jangan macam paham eh".

Tak selidik betul-betul, pandai-pandai buat andaian. Kaji dulu dalam-dalam mengenai Islam, baru hangpa boleh beri comment yang munasabah.. Peace!

Kepada kaum muslimah yang pernah complain "Kenapa aku dilahirkan dalam dunia ni as a female?", toksah merungut lagi.

Wanita adalah insan yang paling beruntung sekali. Kenapa? Hehehhe..

Even though kita paling senang nak masuk syurga compared to kaum Adam, tetapi bilangan kaum Hawa lah yang paling banyak menghuni neraka. Itu sudah well known. Tak boleh dinafikan lagi.

Allah memberi ganjaran pahala yang besar dengan amalan yang sedikit dan tanggung jawab yang ringan.

Kelebihan di sudut Ibadah
Kita tidak dibebankan dengan ibadah - ibadah yang banyak dan berat - berat.
Dengan hanya melaksanakan 4 rukun Islam that is, Bersembahyang 5 waktu, Puasa, Menjaga maruah dan mentaati suami --> Allah menjamin mereka layak masuk syurga and not only that, mereka bebas untuk pilih masuk melalui mana - mana pintu syurga yang mereka suka.

Kenapa saya tulis seperti diatas sahaja requirement nya? And why didn't I include sembahyang sunat, puasa sunat, as well as zakat and haji? Because perkara tersebut tidak ditekankan.

Some little things we do I'm pretty sure kita tidak tahu perkara yang kita lakukan itu sebenarnya mendatangkan pahala.

Di antaranya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

"Mana - mana wanita yang tinggal di rumah bersama - sama (mendidik dan mengurus) anak - anaknya, di akhirat nanti ia akan tinggal bersama - sama aku di dalam syurga."

"Setiap wanita yang berair matanya lantaran pedih kerana memotong bawang untuk dijadikan bahan masakan kepada ahli rumahnya, maka Allah akan membalas pahala sebanyak pahala orang yang menangis kerana takutkan Allah."

"Mana - mana wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya dan suaminya pula redha dengannya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana puasa (sunat) fi sabilillah kaum lelaki."

"Jika mereka berasa sakit ketika ia melahirkan anak, maka Allah tambahkan lagi pahala yang tidak terkira (kerana terlalu banyaknya)."

"Allah mencatatkan lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala lelaki yang berjihad fi sabilillah.

"Apabila ia melahirkan anak, Allah gugurkan pula segala dosanya dan jadilah ia bersih daripada dosa sepertimana ia sewaktu bayi dahulu (ketika ia baru dilahirkan ibunya)."

"Apabila ia melahirkan anak dan meyusukan anaknya dengan susunya semdiri, maka setiap teguk susu (yang diminum anaknya) Allah balas dengan satu kebajikan."

"Bila ia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya (yang sekejap - sekejap terjaga, menangis lantaran kelaparan, sakit, etc) maka Allah beri dan tambah lagi pahala sama seperti membebas 70 orang hamba dengan ikhlas."

Banyak sungguh ganjaran yang diberi Allah terhadap hambanya yang lemah. Demikianlah ehsan dan kasih sayang serta keadilan Allah dan Rasullulah SAW terhadap kaum wanita.
Tempat dan kedudukan wanita di dunia, of course ada keadaan tertentu berbeza dengan kaum Adam. But this is never because of discrimination, tetapi demi meraikan watak, sifat dan kemampuan mereka terhadap sesuatu. Allah lakukan semua itu adalah kerana kasih sayang Allah kepada kaum wanita dan untuk menyelamatkan mereka di dunia dan khususnya di akhirat.

Kalau nak ikutkan hati saya rasa macam nak go on.. But ada tugas yang harus saya laksanakan.

Seandainya ada perkara perkara berguna yang saya raih, insya Allah akan saya menulis lagi untuk tatapan dan pengetahuan yang anda sudah atau pun belum tahu.

P.S: Kekadang bila lihat keadaan sekeliling saya, timbul rasa sedih di hati kecil ini, tapi saya selalu teringatkan pesan teman akrab saya si ehem ehem: Jangan pandang rendah terhadap orang lain kerana yang penting adalah bagaimana keadaan seseorang itu di akhirnya, and not what you are seeing now.. Keadaan dia di saat menghembuskan nafas terakhirnya bahkan boleh jadi, lebih mulia dari kita - kita ni. Betul jugak. Kita ni kekadang rasa kita ni lebih baik, timbul pula rasa riak. Walhal orang yang bergelar alim itu adalah orang yang tidak kenal erti sombong. Orang yang baru dia bertemu tetapi layannya terhadap orang baru itu seakan - akan sudah lama dia kenal. Alangkah indahnya dunia ini jika kita seperti golongan ini?

Yang
Ikhlas,

Sunday, May 02, 2010

Myspace Glowing text


Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem


Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.


Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him Nor Sleep. His are all things In the heavens and on earth. Who is there can intercede In His presence except As he permitteth? He knoweth What (appeareth to His creatures As) Before or After or Behind them. Nor shall they compass Aught of his knowledge Except as He willeth. His throne doth extend Over the heavens And on earth, and He feeleth No fatigue in guarding And preserving them, For He is the Most High. The Supreme (in glory)."
[Surah al-Baqarah 2: 255]


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali
lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.


Sabda baginda lagi;
Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.


Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan2 orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasullullah s.a.w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Ikhlas,

Tuesday, April 06, 2010

Baru Ditemukan Sungai dibawah Lautan

"River in the Sea - Cenote Angelita in Mexico"












Regards,