
Ditemani laungan ombak yang memukul pantai dengan manja.. Di depanku kelihatan seorang pemuda duduk keseorangan. Matanya merenung jauh, seperti dia juga sedang cuba mencari ketenangan di hati.
Kehadiranku disini disebabkan kesedihan yang merangkul jiwa nan menyeksa batinku. Ingin ku ke tempat kegemaranku namun keadaan tubuhku tidak mengizinkan. Suatu tempat dimana ketenangan pasti kan membalut hati dan fikiran hamba yang menziarahinya.
Aku.. seorang manusia yang tidak leka dari membuat kesilapan. Antara dengan sengaja mahupun tidak disengajakan. Kekesalan yang begitu tidak terhingga menghimpit diri hinggakan aku menjadi lemas kerana sebak yang menggunung di dada. Janganlah ada yang mendengar tangisanku..
Ku sedari dunia ini hanya suatu persinggahan singkat buat kita. Bila kan berakhir riwayat dunia ini menjadi suatu rahsia buatNya..
Mengapa dikala keadaan ku berubah sebegini, ada yang masih tidak mahu memaafkan kesilapan di masa silam? Walhal di mulut ucapkan kemaafan namun dihati pula sebaliknya? Di dalam keadaan dimana kita kehilangan seseorang buat selamanya, masihkah tidak ada lagi ruang untuk berdamai sesama insan..? Sungguh tidak ku mengerti..
Sedih suatu perasaan yang tidak mudah untuk ditepis dengan sekelip mata. Namun bila difikirkan balik, tidak ada perlunya untuk terus memikirkan sesuatu hal yang hanya akan membebankan diri sendiri. Masih banyak lagi perkara yang harusku selesaikan. Cukuplah setakat ini. I don't know when my time will come.
Rasa terkilan itu ada. Mungkin suatu hari dia bakal sedar.. Insya Allah.
Regards,