Namun, cinta ini terbahagi kepada beberapa aspek. Erti cinta begitu dalam. Cinta boleh sahaja bermakna cinta sesama manusia iaitu cinta diantara sebuah pasangan, cinta diantara keluarga, cinta terhadap teman akrab dan sebagainya. Ada juga cinta terhadap harta dimana jikalau berlebihan, akan membawa parah. Dan yang paling penting sekali, cinta kepadaNya.
Ada yang berkata, biarlah cinta sesama manusia ni setakat sederhana sahaja. Kerana cinta terhadap golongan ini hanyalah sementara. Sementara cinta terhadap Tuhan adalah kekal selamanya.
Ada benarnya. Bila kita bercinta sesama manusia, contohnya sepasang kekasih, adakala ia membawa kepada perpisahan. Redhakan aja jika ini berlaku. Mungkin tiada jodoh dintara mereka berdua. Pada saya, jika dia bukan untuk saya, mungkin ada yang lebih baik yang Tuhan sediakan untuk saya. Kita merancang, dia lebih Mengetahui.
Ternyata benar. Selalunya setelah kita ditinggalkan oleh seseorang, ada yang lebih baik yang akan datang.
Kisah cinta saya jikalau hendak diceritakan disini, mungkin ada yang tidak akan percaya. Ibarat kisah yang dipetik dari kaca TV. Macam fairytale. Biarlah kisah ini saya dan dia sahaja yang tahu sudah cukup :)
Buat sesiapa di luar sana yang masih belum menemui their other half, bersabarlah. Suatu ketika nanti, akan ketemu jua.
Maybe it will be worth the wait >p
Kepada "Sang Cinta" saya, kamu adalah anugerah Tuhan yang paling indah that has ever happened to me.
Syukran Ya Allah.
No comments:
Post a Comment