Tuesday, November 24, 2009

Media vs Reality

Topik saya tengah hari ini mungkin pernah terjadi terhadap diri sesiapa sahaja. Angkara si muda mahupun yang dah berusia.

Kalau yang muda dah berani nak menganiaya orang, Masya Allah.. sungguh menakutkan. Apa ke tidak, muda muda lagi da amalkan tabiat buruk. Kalau tak reti bertaubat, sampai ke tua la jawabnya.

Kalau yang da senior tu, bertaubatlah. Ajal tak kenal usia. Adakah amalan ini akan membawa kebaikan di akhirat kelak?

Kadang-kadang bila saya baca artikel di majalah, dan terutama sekali di lelaman internet, macam-macam kes artis Melayu kita ni. Walau bagaimanapun, saya akui, memang ini antara dia dan Tuhan. Siapakah kita untuk menilai apa yang telah mereka lakukan? Macam lah diri kita ni sempurna sangat. Cuma saya kesian kat artis-artis ni. Just beacause mereka ni golongan yang dikenali ramai, atau di considered “role model”, tiap gerak geri mereka diperhatikan. Buat silap sikit da heboh satu wilayah. Cuba kita orang biasa ni yang buat hal, takde pun kecoh tampal muka kita di akhbar ke, internet ke. Yang ada cuma kes video lucah yang tersebar luas, dimana muka dia pun tak clear ntah anak siapa pun kita tak tahu. Ni bangsa mereka mereka yang nak jadi artis lucah tapi tak kesampaian. Jadi artis lucah temporary di mobile phone pun da kira glamour la tu.

Sanggup kan sesegolongan syarikat akhbar media/entertainment yang boleh menambah-nambah cerita yang sememangnya tidak ada, semata mata nak lariskan produk mereka. Boleh dikira rezeki yang halal ke ni?

Member saya ni selalu nasihatkan saya, “Sudahlah. Toksah ko baca lagi blog/majalah tu lagi. Adakah si dia tu akan menimbulkan keinsafan pada para pembacanya dengan cara mengaibkan diri seseorang? Kita sebagai orang Islam, tak baik buka pekong orang. Perkara ini amat dilarang dalam agama kita.” Terdiam saya buat seketika. Betul jugak kata member saya tu. Tabib spring saya pat lu bro.

Back to my topic. Contohnya si model Indonesia tu yang kahwin ngan Sultan di Malaysia. Da kecoh sampai menimbulkan ketegangan di antara dua negara. Adakah benar apa yang dikatakan oleh si model cantik yang da tembam sekarang? Ataupun pihak media sahaja yang da add+edit setiap ulasan dia? Bukan apa, saya kesian dengan si Sultan tu seandainya semua tuduhan yang telah kita dengar dan baca selama ini ternyata fitnah belaka. Dia bukan orang biasa. Kalau artis kira okay la jugak. Ni tidak.

Saya da baca dan lihat macam-macam video si Cik Pinot. To be frank, rasa macam dia ni takde pun affected sangat dengan apa yag telah dia lalui. Musykil kan? Boleh jadi pelakon mi segera lagi. Balik je ke Indonesia wow da jadi Superstar!

Seandainya saya di tempat dia.. ni saya la kan..(lain padang lain belalang, semua orang mempunyai berlainan fikiran dan pendapat), mungkin saya akan jauhkan diri dari mana mana pihak media hiburan. Kalau da kata nak jadi artis bangsa masuk dalam oven da pon siap untuk dimakan macam yang kita boleh beli di 7 eleven tu, jauh sekali. Bukan apa, saya rasa ianya tidak mengdatangkan faedah untuk jangka masa panjang. Memang la rezeki tu datang meluap luap secara tiba tiba. Tapi adakah masalah rumit ini bakal selesai? Boleh timbulkan macam macam cerita mengenai diri saya lagi ada. Entahlah. Saya sendiri tak faham dengan tindakan Cik Pinot kita tu. She's one damn confused lady.

Apa pendapat awak pula?

No comments:

Post a Comment