Friday, April 09, 2010

Tergamak ke Anda Wahai Kaum Adam?



Saya ada membaca Berita Harian hari ini, halaman Dunia mukasurat 8. Dah banyak kali laporan mengenai isu kanak-kanak bernikah dengan orang yang layak digelar ayah, dan lebih teruk lagi Datuk.

Laporan suratkhabar hari ini melaporkan bahawa seorang budak berusia 13 tahun dari negara Arab, meninggal dunia setelah bernikah selama lima hari sahaja.

Maut mengcengkam nyawa budak yang tidak berdosa ini atas sebab yang begitu menyedihkan. Tidak sampai hati saya mahu menulis penyebabnya di sini.

Sebagai seorang wanita, walaupun saya belum bernikah mahupun mempunyai seorang anak, rasa marah yang tidak terhingga membuak di dalam hati saya.

Sanggupkah kamu wahai kaum Adam untuk memperisterikan seorang kanak-kanak yang belum tentu berupaya untuk memikul tanggung jawab sebagai isterimu? Apa ntah lagi untuk kamu tidur bersamanya? Seorang kanak-kanak for God's sake!

Keadaan tubuh kanak-kanak tidak mampu memenuhi tuntutan batin suami seperti isteri yang sudah dewasa.

Jangan nak gunakan istilah nabi Muhammad SAW mengahwini Aishah sebagai contoh! Kerana kamu bukan Rasulullah!

Pada pendapat saya, kamu hanya haiwan yang bertopengkan manusia! Apa di dunia ini sudah tidak cukup gadis yang sudah cukup umur untuk kamu memperisterikan?

Apa yang berada di fikiran ibu bapanya hingga sanggup melepaskan anak mereka ke tangan orang lain yang belum tentu dapat menjaganya dengan sempurna? Kerana ingin meringankan beban? Jika ingin meringankan beban dalam keluarga bukankah lebih baik jangan "mengadakan" anak itu in the first place?

Walaupun saya cetek ilmu mengenai culture orang di negara Arab, namun satu perkara yang saya tahu mengenai kaum Arab ni, they have no respect for women at all! This we cannot deny. It's a fact. Malah wanita Arab juga mengakuinya.

Cuba anda bayangkan jika lelaki Arab ni bernikah dengan seorang budak yang masih terlalu muda usianya? Yang sudah sesuai usianya untuk bernikah sahaja tidak mampu melawan keganasan mahupun kekerasan yang berlaku di dalam rumah tangga mereka apa ntah lagi seorang budak?

Pihak media Barat pula sekarang heboh mempertikaikan agama Islam yang tidak masuk di akal membenarkan pernikahan kanak-kanak. Tidak cukup dengan isu Terrorism sekarang isu tua tak sedar diri yang bernikah dengan kanak-kanak pula. Hinggakan ada kes yang sampai membawa maut! Yang maut bukan si tua tapi si insan yang tidak berdosa ini!

Semakin ramai orang yang telah salah ertikan tentang kesucian agama Islam. Sungguh sedih rasa di hati ini. Namun ianya sudah dijangkakan bakal berlaku.

Berkata Ali bin Abi Talib,
“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja,
Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja.."


Regards,

No comments:

Post a Comment