Suatu ketika dahulu, saya pernah cuba jinak jinakkan diri dengan chatting. Semua kontinen saya bedal. Malaysia, Jepun dan juga Indonesia. Apa yang saya pelajari, tabiat ini sungguh membuang masa dan tidak mendatangkan faedah langsung. Apa yang kita raih adalah :
a. Mata bengkak dan lebam ibarat sang panda kerana tak cukup tidur
b. Jangan harap yang di sebalik tabir tu handsome macam Hans Isaac ke, Ezany tauke belacan ke.. Kalau dia handsome, maka tak perlu lah dia cari girlfriend dalam chatroom
c. Bill eletrik cukup bulan makin naik
d. Dan yang lain lain kemungkinan yang sewaktu dengannya.
Ada kenalan yang saya raih melalui chatting ni, mengeluh panjang sebab susah nak dapat makwe yang tak memandang status, rupa ataupun harta.
Kebanyakan wanita di zaman sekarang memilih calon suami yang sekurang kurangnya memiliki :-
a. Kerjaya yang mantap dan berpangkat sekurang kurangnya Manager level.
b. Gaji 2.5K keatas. Kasi chance la..at least 2K pun masih boleh dipertimbangkan.
c. Wang simpanan di bank dimana angkanya harus ada 6 digit.
d. Kereta. Motor dah tak dipandang dia dah. Mungkin kerana isu keselamatan dan juga tidak membenarkan mereka bergaya. Apa tak, nak set rambut pun tak boleh sebab kene gunakan helmet. Penyek la rambut yang semasa keluar salon ibarat isteri Homer Simpson iaitu Barge. Tapi jika si lelaki bawa motor Harley Davidson ke, BMW ke, dia tetap boleh terima. Mesti kene motor mahal beb.
e. Pakaian smart. Mana yang suka pakai seluar jeans koyak rabak di lutut tidak akan mendapat perhatian wanita golongan ini. Yang mat rock dan juga mat dalam band pun is a no-no. Ktanaya tak menjamin masa hadapan mereka.
f. Jejaka yang tinggal di apartment miliknya sendiri.
g. Credit card dari pelbagai bank. Sebut mana bank mesti dia ada. Maka wallet si jejaka tu sentiasa kelihatan gemuk. Belum termasuk kad membership gym, country club, reward card hotel seperti GC di Shangrila property di seluruh negara. Sebab dia ni kan dikira VIP. Selalu sangat travel. Hotel hotel ni pun kaut untung besar kerana si lelaki ni pelanggan tetap mereka.
Tapi jangan lah berat sebelah sangat. Susah tentu ada juga wanita yang tak pandang pada harta mahupun kebendaan. Cukup dapat membahagiakan dirinya, ikhlas dan jujur dalam sesebuah hubungan, da kira okay la tu. Si jejaka mesti pandai mengatur langkah dan juga bijak.
Tidak ada gunanya jika mendapat pasangan yang kaya raya. Kebanyakan kaki clubbing, kaki botol dan juga kaki perempuan. Siang keluar dengan kekasih, malam lepas letak telefon setelah berjam jam bergantung, mula lah night life dia.
Pendek kata, saya respek benar ngan bos bos yang begitu rendah diri. Pakaian casual saja dengan Polo T dia dan seluar jeans. Berdiri sebelah dia pun no one knows that he owns the entire building which we are in now.
Seandainya kita semua dapat menjauhkan sikap sombong, bongkak dan sebagainya yang negatif.
No comments:
Post a Comment