Wednesday, December 09, 2009

Suatu ketika dahulu, saya pernah cuba jinak jinakkan diri dengan chatting. Semua kontinen saya bedal. Malaysia, Jepun dan juga Indonesia. Apa yang saya pelajari, tabiat ini sungguh membuang masa dan tidak mendatangkan faedah langsung. Apa yang kita raih adalah :

a. Mata bengkak dan lebam ibarat sang panda kerana tak cukup tidur
b. Jangan harap yang di sebalik tabir tu handsome macam Hans Isaac ke, Ezany tauke belacan ke.. Kalau dia handsome, maka tak perlu lah dia cari girlfriend dalam chatroom
c. Bill eletrik cukup bulan makin naik
d. Dan yang lain lain kemungkinan yang sewaktu dengannya.

Ada kenalan yang saya raih melalui chatting ni, mengeluh panjang sebab susah nak dapat makwe yang tak memandang status, rupa ataupun harta.

Kebanyakan wanita di zaman sekarang memilih calon suami yang sekurang kurangnya memiliki :-

a. Kerjaya yang mantap dan berpangkat sekurang kurangnya Manager level.
b. Gaji 2.5K keatas. Kasi chance la..at least 2K pun masih boleh dipertimbangkan.
c. Wang simpanan di bank dimana angkanya harus ada 6 digit.
d. Kereta. Motor dah tak dipandang dia dah. Mungkin kerana isu keselamatan dan juga tidak membenarkan mereka bergaya. Apa tak, nak set rambut pun tak boleh sebab kene gunakan helmet. Penyek la rambut yang semasa keluar salon ibarat isteri Homer Simpson iaitu Barge. Tapi jika si lelaki bawa motor Harley Davidson ke, BMW ke, dia tetap boleh terima. Mesti kene motor mahal beb.
e. Pakaian smart. Mana yang suka pakai seluar jeans koyak rabak di lutut tidak akan mendapat perhatian wanita golongan ini. Yang mat rock dan juga mat dalam band pun is a no-no. Ktanaya tak menjamin masa hadapan mereka.
f. Jejaka yang tinggal di apartment miliknya sendiri.
g. Credit card dari pelbagai bank. Sebut mana bank mesti dia ada. Maka wallet si jejaka tu sentiasa kelihatan gemuk. Belum termasuk kad membership gym, country club, reward card hotel seperti GC di Shangrila property di seluruh negara. Sebab dia ni kan dikira VIP. Selalu sangat travel. Hotel hotel ni pun kaut untung besar kerana si lelaki ni pelanggan tetap mereka.

Tapi jangan lah berat sebelah sangat. Susah tentu ada juga wanita yang tak pandang pada harta mahupun kebendaan. Cukup dapat membahagiakan dirinya, ikhlas dan jujur dalam sesebuah hubungan, da kira okay la tu. Si jejaka mesti pandai mengatur langkah dan juga bijak.

Tidak ada gunanya jika mendapat pasangan yang kaya raya. Kebanyakan kaki clubbing, kaki botol dan juga kaki perempuan. Siang keluar dengan kekasih, malam lepas letak telefon setelah berjam jam bergantung, mula lah night life dia.

Pendek kata, saya respek benar ngan bos bos yang begitu rendah diri. Pakaian casual saja dengan Polo T dia dan seluar jeans. Berdiri sebelah dia pun no one knows that he owns the entire building which we are in now.

Seandainya kita semua dapat menjauhkan sikap sombong, bongkak dan sebagainya yang negatif.

Monday, December 07, 2009

AFGAN - PENCARI JALANMU

Telah banyak yang ku lewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung salah menodai

Masih kah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasihMu

Ku ingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang telah ku perbuat hingga kini

Ku ingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala
Petunjuk jalanMu

Bersihkan, terangi, hidupku

Tiada yang ada selainMu
Yang selalu menjagaku
Meski kadang tinggalkanMu

Aku hanyalah manusia
Yang mencari jalanMu
Yang pasti kembali padaMu

Sunday, December 06, 2009

Makanan Halal

House of Sundanese Food



Menu : http://fooddelivery.com.sg/menus/sundanesemenu.pdf

Alamat di Singapura : B1-063 Suntec City Mall Tel: 63341012 Fax: 63341012
55 Boat Quay (Singapore River)Tel: 65341602 Fax: 65343775
#02-18 Great World City (Franchise)Tel: 68875535 Fax: 68875545

Alamat di Malaysia : Lot 4-12. Level 4, Suria KLCC,Kuala Lumpur
Tel: 02-03-21662272 Fax: 02-03-21662273

Pagi Sore Indonesian Restaurant Catering



Menu : http://fooddelivery.com.sg/menus/pagisore-menu.pdf
Restoran nya dibuka dari : Jam 10.30pagi hingga 9.30malam
Alamat : 88-90 Telok Ayer Street, Far East Square

HJ Maimunah Restaurant Catering



Menu : http://fooddelivery.com.sg/menus/hjmaimunah-catering.pdf
Restoran nya dibuka dari : Jam 11.00pagi hingga 9.00malam
Alamat : 11 & 15 Jalan Pisang Singapore 199078
20 Joo Chiat Road #01-02 Singapore 427357


Mad Jack Cafe



Menu : http://fooddelivery.com.sg/menus/madjack-office.pdf
Restoran nya dibuka dari : Jam 11.30pagi hingga 11.30malam

Alamat : Selegie Outlet - Paradiz/PO MO Centre 01-04/05, 1 Selegie Rd
Jln Kayu Outlet - 242, Jln Kayu (Next to URA Car Park)
Simpang Bedok Outlet - 304 Bedok Rd, The Market Place (near to Tanah Merah MRT)
Bukit Timah Outlet - 6 Duke's Rd (Bukit Timah Rd before Coronation Plaza)
White Sands Outlet - 1, Pasir Ris Central Street 3, #02-01/04
Nex Mall (Dec 2010 opening) - 23, Serangoon Central

Thursday, December 03, 2009



Tetiba je datang idea nak berbual mengenai isu "Materialistik". Saya tengah kemas wardrobe saya , jatuh pulak satu beg berjenama "G" atas kepala saya. Da lama benor saya perapkan dia dalam gerobok..nasib baik tak jadi ikan masin >P


Terus terang,saya berselera ala chin-chai aka bochap. Apa yang saya lihat unik dan sedap mata memandang, saya akan beli tanpa ragu-ragu. Tak kira ada jenama atau pun tidak. I'm not brand conscious. I would rather go for the design than the branding.

Bukannya apa,contohnya some designer bags seperti dari Coach, LV dan Gucci, bersepah. Pandang kiri ada orang bawa bag Coach, pandang kanan ada orang bawa tote bag Gucci. Dah macam takde suatu keistimewaan kan? Macam kene cop passport plak. Ibarat harga tu sudah tidak menjadi suatu masalah, walaupun dalam kegawatan ekonomi sekarang.

Sesiapa sahaja baik yang masih sekolah hingga lah ke yang dah bekerjaya, semua can afford untuk beli beg yang nilainya confirm sekurang-kurangnya $700 keatas. Bayangkanlah, beg LV yang kecil molek setakat boleh memuatkan satu alat bimbit dan purse bersize sederhana, nilai dia boleh sampai $500? Alat solek pun tak boleh tumpang sekaki. Kenelah dia tinggal di rumah.

Reminds me of kereta mewah convertible yang boleh duduk dua orang aje tu, dan ada dua pintu sahaja..Tapi harganya mak bedah oi! Kalahkan kereta yang boleh muat satu family!

Teringat saya zaman kanak-kanak, bila time Hari Jadi, kegembiraan menggeletik bila dapat hadiah yang packaging dia besau gila. Confirm hadiah gerek. Bab da tua sekarang ni, hadiah kecil pun da kira ok sangat tu. Sekecil-kecilnya adakala harga bak durian runtuh. Macam la si bijiran diamond tu yang selalu dikaitkan sebagai "a girl's bestfriend". Beli mahal nak rak. Bila dijual balik..hmm..hampa..

Saya mengaku la.. Bila kita memakai barangan berjenama yang harganya tu teramatlah mahal, you feel different. You nak pi shopping masuk ajelah apa kedai, pekerja dalam kedai tu confirm tak kan beri that kind of"si dia ni mampu ke nak beli barang disini?" Almaklumlah di Singapura ni, kebanyakan salesgirl mahupun salesman, perangai ataupun attitude mereka aneh semacam. Kerek. Bikin darah naik ler.

Inilah lumrah dunia. Cuba disalutkan seluruh badan ni dengan barang kemas, pakaian berjenama, baru orang tidak akan bersikap hidung tinggi. Dan turut beri perhatian apabila kita berlagak macam tu adalah pak penyamun. Nasib salah hari bulan, segalanya akan dirampas tanpa kerelaan kita, dengan sekelip mata. Adakala sampai nyawa terkorban. Tak dapat saya bayangkan.

Terbaru dari Coach!

CLAIRE



ALEX STITCHED PATENT TOTE



ALEX OP ART QUILTED PRINTED LARGE TOTE



SIGNATURE GROOVY



ALEX SIGNATURE SATEEN TOTE